Template:Appeal/default/ms
Perniagaan sememangnya baik. Pengiklanan bukanlah buruk seperti yang disangkakan. Namun begitu, ia tidak sesuai di sini. Bukan di Wikipedia.
Mengimbas kembali ketika saya mengasaskan Wikipedia, tapak ini mungkin boleh dibangunkan untuk memperoleh keuntungan melalui pengiklanan; akan tetapi, saya memutuskan untuk menjadikannya sesuatu yang berlainan. Kami telah berusaha keras selama ini untuk memastikan matlamat kami tercapai tanpa sebarang halangan.
Google mempunyai lebih daripada sejuta pelayan. Yahoo mempunyai lebih daripada 13,000 staf. Kami hanya mempunyai 400 pelayan dan 73 orang staf.
Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi dan memberi informasi kepada lebih daripada 422 juta orang dengan jumlah kunjungan laman melebihi bilion.
Seandainya semua oranng yang membaca mesej ini menyumbang $5, kami hanya perlu mengadakan pungutan derma selama sehari setiap tahun. Akan tetapi bukan semua orang mampu atau akan memberi derma. Kami tetap memahaminya.
Tahun ini, bantulah kami dengan memberikan sumbangan sebanyak $5, $20, $50 atau mengikut kemampuan untuk melindungi dan memastikan kelangsungan Wikipedia selamanya.
Terima kasih,
Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia