Template:Appeal/Alan/ms: Difference between revisions

From Donate
Jump to navigation Jump to search
imported>Diagramma Della Verita
No edit summary
 
m 1 revision: Alan letter
(No difference)

Revision as of 20:13, 2 November 2011


Dalam Wikipedia, saya telah mencipta 2,463 rencana. Kesemuanya secara percuma.

Saya seorang perunding sistem, yang bekerja dengan sistem komputer kewangan berskala besar. Seandainya masa yang telah saya curahkan dalam Wikipedia dinilai dengan wang, sememangnya ia akan bertambah sehingga beratus-ratus ribu dolar untuk saya.

Namun begitu, wang bukanlah insentif di sini. Anda berurusan dalam mata wang yang berbeza dalam Wikipedia. Maklumat disediakan dengan senang hati oleh saya dan ribuan penyunting lain yang gembira untuk menulisnya. Kami tahu dunia ini akan menjadi lebih baik kerana maklumat tersebut boleh diperoleh secara percuma.

Sudah tentu, infrastruktur yang menyokong maklumat percuma ini tidak percuma, dan sebab itulah setahun sekali kami meminta derma. Tiada pengiklanan di Wikipedia, tiada apa-apa yang berkelip-kelip, tiada apa-apa pada sisi laman, kami tidak cuba untuk menjual apa-apa. Wikipedia bebas daripada urus niaga komersil.

Kami hanya cuma memerlukan sokongan anda dengan $5, €10, ¥1000 atau apa-apa sahaja yang anda mampu untuk memastikan maklumat ini terus sampai kepada anda.

Infrastruktur yang menyokong usaha kami, yang diuruskan oleh pertubuhan bukan bermotif keuntungan Yayasan Wikimedia, beroperasi dengan kemudahan yang minimum. Google mempunyai lebih daripada sejuta pelayan; Yahoo mempunyai lebih daripada 13,000 staf. Kami hanya beroperasi dengan 400 pelayan dan 95 staf.

Wikipedia merupakan tapak web ke-5 yang paling dikunjungi dan memberi informasi kepada lebih daripada 422 juta orang dengan jumlah kunjungan laman melebihi bilion.

Kita selalu membuat andaian bahawa orang hanya bekerja untuk wang. Bagaimanakah anda mampu mencari sesorang untuk bekerja seandainya mereka tidak akan mendapat sebarang gaji?

Dalam Wikipedia, kemahuan untuk bekerjasama dan meningkatkan pengetahuan merupakan usaha untuk mewujudkan sumber yang tidak ternilai. Budaya tidak bergantung kepada nilai wang. Hanya dalam Wikipedia anda mampu memperoleh maklumat yang tepat, tidak berat sebelah, terkini dengan dokumentasi yang baik besertakan rujukan dan boleh dibaca pada bila-bila sahaja.

Sememangya itu merupakan tawaran yang hebat untuk saya.

Terima kasih,

Alan Sohn
Penulis Wikipedia