Keep Wikipedia Free

Daripada Donate.
(Dilencongkan dari WMFJA085/ms)
Lompat ke: pandu arah, cari

Rayuan daripada Jimmy Wales, pengasas Wikipedia.

Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi dan memberi maklumat kepada lebih daripada 500 juta orang dengan jumlah kunjungan laman melebihi bilion.

Perniagaan sememangnya baik. Pengiklanan bukanlah buruk seperti yang disangkakan. Namun begitu, ia tidak sesuai di sini dan terutamanya Wikipedia.

Wikipedia merupakan sesuatu yang istimewa. Seumpama suatu perpustakaan atau taman awam. Ia adalah satu mahligai untuk minda. Ia adalah suatu tempat semua orang datang untuk berfikir, belajar dan berkongsi pengetahuan satu sama lain.

Mengimbas kembali ketika saya mengasaskan Wikipedia, tapak ini mungkin boleh dibangunkan untuk memperoleh keuntungan melalui pengiklanan; akan tetapi, saya memutuskan untuk menjadikannya sesuatu yang berlainan. Kami telah berusaha keras selama ini untuk memastikan matlamat kami tercapai tanpa sebarang halangan.

Seandainya semua orang yang membaca mesej ini menyumbang $5, kami hanya perlu mengadakan pungutan derma selama sehari setiap tahun. Akan tetapi bukan semua orang mampu atau akan memberi derma. Kami tetap memahaminya.

Tahun ini, bantulah kami dengan memberikan sumbangan sebanyak $5, $20, $50 atau mengikut kemampuan untuk melindungi dan memastikan kemandirian Wikipedia berkekalan.

Terima kasih,

Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia

Dengan menderma, anda berkongsi maklumat anda dengan Yayasan Wikimedia, pertubuhan bukan bermotif keuntungan yang mengendalikan pelayaran Wikipedia dan projek-projek Wikimedia yang lain, serta penyedia-penyedia perkhidmatannya di Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang menurut dasar privasi penderma kami. Kami tidak menjual atau memperdagangkan maklumat anda kepada sesiapa. Untuk maklumat lanjut, sila baca dasar penderma kami.