Template:Appeal/Brandon/ms

From Donate
Jump to navigation Jump to search

Daripada pengatur cara Wikipedia,Brandon Harris

Saya yakin ini ialah impian yang saya usahakan seumur hidup saya.

Tiada apa-apa pun dalam kehidpuan saya lebih penting daripada penglibatan saya dalam Wikipedia. Kami bukan sahaja sedang membangunkan sebuah ensiklopedia, tetapi turut berusaha untuk memastikannya bebas, berkecuali dan percuma untuk semua.

Seandainya semua orang mampu memiliki pengetahuan tanpa batasan, sudah pasti masyarakat akan menjadi lebih baik. Kami memahami bahawa dunia ini sebenarnya lebih besar daripada yang disangkakan. Oleh itu semangat toleransi dan persefahaman haruslah disemaikan.

Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi di dunia. Saya bekerja dengan organisasi kecil ini, yang tidak bermotif keuntungan untuk memastikan kelangsungan Wikipedia selamanya. Kami tidak bergantung kepada pengiklanan sebagai sumber kewangan kerana pengiklanan akan mengadaikan kebebasan Wikipedia. Laman ini tidak akan dan tidak harus digunakan sebagai alat propaganda.

Usaha kami merupakan realiti atas sumbangan daripada pembaca kami seperti anda. Adakah anda sudi melindungi dan memastikan kelangsungan Wikipedia selamanya dengan memberi derma $5, €10, ¥1000 atau apa-apa sahaja mengikut kemampuan anda?

Saya bekerja dengan Yayasan Wikimedia kerana tahu bahawa ini merupakan perkara yang harus saya lakukan.

Anda mungkin tidak tahu bahawa Yayasan Wikimedia hanya beroperasi dengan staf sokongan yang kecil. Laman-laman web yang lain mempunyai ribuan pekerja dan bajet yang besar. Namun begitu, usaha mereka membuahkan hasil yang lebih kecil berbanding kami.

Apabila anda menyumbang kepada Wikipedia, anda turut menyokong pengetahuan bebas dan percuma di seluruh dunia. Anda bukan sahaja mewujudkan warisan untuk anak anda tetapi juga untuk generasi yang akan datang. Sumbangan anda membolehkan masyarakat sedunia memperoleh pengetahuan tanpa batasan dengan percuma dan pada satu hari nanti semua orang mampu menikmatinya juga.

Terima kasih,

Brandon Harris
Pengatur cara, Yayasan Wikimedia